Friday, August 26, 2011

jangan risau

‘Tidak perlu risau’
Oleh Syah Rul Aswari Abdullah dan Muhamaad Razis Ismail
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

SHAH ALAM: Dua peguam yang pernah bekerja dengan N Pathmanabhan memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, mereka terpaksa menjadi saksi satu perjanjian jual beli hartanah di Pulau Pinang, tahun lalu, tanpa kehadiran Datuk Sosilawati Lawiya.

Kam Sani, 38, dan Nor Zairawaty Abd Razak, 31, berkata ini kerana Pathmanabhan selaku majikan sudah mengarahkan mereka menurunkan tandatangan pada dokumen perjanjian itu.


Selain itu mereka berkata, lelaki itu mendakwa Sosilawati menerusi syarikatnya Southern Symphony sudah menandatangani perjanjian itu. Saksi itu memberi keterangan pada pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Idham Abd Ghani pada perbicaraan kes bunuh Sosilawati dan tiga individu lain, semalam. Terdahulu, Kam yang juga saksi pendakwaan ke-39 berkata, dia ada membaca perjanjian itu secara sepintas lalu sebelum Pathmanabhan menerangkan butirannya satu persatu. “Saya bertanya kepada Pathmanabhan sama ada Sosilawati sudah menandatangani (perjanjian) ini. Pathmanabhan kata, ada. Dia juga kata semuanya teratur dan saya tidak perlu risau,” katanya. Nor Zairawaty yang juga saksi pendakwaan ke-37 ketika disoal balas peguam Manjeet Singh Dhillon, pula berkata dia menurunkan tandatangannya pada perjanjian itu atas rasa percaya terhadap majikannya. Dia yang kini membuka firma guaman sendiri selepas berhenti daripada Pathma Nalli & Partners milik Pathmanabhan berkata, dia terpaksa berbuat demikian meskipun menyedari perbuatan itu melanggar undang-undang. “Saya lakukan apa yang diarahkan majikan. Saya percayakan Pathmanabhan seratus peratus,” katanya. Sementara itu, Kam berkata, dia adalah rakan kongsi ‘atas kertas’ di Pathma Nalli & Partners berikutan Pathmanabhan perlu menggunakan namanya bagi urusan perbankan. Oleh itu katanya, dia tidak menerima sebarang peratusan daripada pendapatan firma yang memiliki dua lagi rakan kongsi iaitu Pathmanabhan dan adiknya Surendran. “Tidak, saya hanya pekerja biasa yang dibayar gaji,” katanya. Menurutnya, antara bidang tugasnya adalah menandatangani dokumen rasmi berhubung sebarang urusan firma itu. Katanya, ini berikutan Pathmanabhan dan Surendran tidak boleh berbuat demikian berikutan keputusan Lembaga Tatatertib Peguam-peguam yang membatalkan nama mereka sebagai peguam berdaftar.

Bagaimanapun katanya, kedua-dua lelaki itu mendapat satu perintah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk menggantung sementara keputusan itu. Ketika disoal semula oleh Idham berhubung status rakan kongsi itu, Kam berkata, dia tidak mendapat sebarang faedah atau bayaran tambahan selain daripada gajinya sebagai peguam. Pada keterangan lain, saksi itu, Pathmanabhan ada memperkenalkan mereka dengan Sosilawati apabila jutawan kosmetik itu hadir ke pejabat tempatnya bekerja. Ketika itu katanya, wanita itu hadir bersama dua lagi lelaki yang tidak dikenali.


“Dia (Sosilawati) datang ke pejabat untuk urusan conveyancing (pemindahan hak milik),” katanya. Sementara itu, ketika disoal balas peguam Amer Hamzah Arshad, Kam berkata, dia mendapat tahu daripada Pathmanabhan, Ahli Dewan Undangan Negeri Sementa, Datuk Abdul Rahman Palil juga hadir ke pejabatnya atas satu urusan. “Dia datang untuk urusan hartanah tetapi berhubung urusan jual beli itu saya tidak tahu,” katanya.

Thursday, August 25, 2011

arah turun tandatangan


Dua peguam diarah tandatangan tanpa kehadiran Sosilawati

TERTUDUH kes pembunuhan Sosilawati Lawiya, N. Pathmanabhan bersama tiga tertuduh lain diiringi polis keluar dari Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam. - UTUSAN/Saharuddin Abdullah

SHAH ALAM 25 Ogos - Dua peguam yang pernah bekerja dengan N. Pathmanabhan memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa mereka menurunkan tandatangan sebagai saksi terhadap dua dokumen perjanjian jual beli tanah antara Datuk Sosilawati Lawiya dengan individu lain pada Ogos tahun lalu tanpa kehadiran kedua-dua pihak.

Kam Sani, 38, dan Nor Zairawaty Abd. Razak, 31, yang masing-masing meninggalkan Pathma Nalli & Partners pada November dan September tahun lalu selepas firma guaman itu disita turut mengakui perbuatan tersebut menyalahi undang-undang.

Kedua-duanya bagaimanapun mendakwa terpaksa berbuat demikian selepas diarahkan oleh Pathmanabhan yang merupakan pemilik firma guaman tersebut dan majikan mereka.

Kam yang juga saksi pendakwaan ke-39 memberitahu dia diarahkan menjadi saksi bagi perjanjian jual beli hartanah di Pulau Pinang antara Southern Symphony Sdn. Bhd. (Southern Symphony) yang diwakili Sosilawati sebagai pengarah dengan satu pihak lain pada 3 Ogos 2010.

"Sebagai peguam, saya tahu tidak boleh tandatangan tanpa kehadiran pihak-pihak terbabit, tetapi saya terpaksa lakukan sebab majikan saya, Pathmanabhan arahkan saya.

"Saya ada bertanya adakah itu tandatangan Sosilawati, Pathmanabhan berkata ya, semuanya teratur dan tidak perlu risau. Masa tu dokumen belum dimatikan setem, tarikh pun belum ada," jelas beliau.

Dalam kes ini, Pathmanabhan, 42, bekas peguam bersama tiga pekerja ladangnya, Thilaiyalagan, 20, Matan, 21, dan Kathavarayan, 31, didakwa membunuh Sosilawati, 47, pemandunya, Kamaruddin Shamsuddin, 47, peguam, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32, dan pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38.

Kejadian didakwa berlaku di Lot No. 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting dekat sini antara pukul 8.30 malam hingga 9.45 malam, 30 Ogos tahun lalu.

Menurut Kam, walaupun namanya dipinjamkan sebagai rakan kongsi Pathmanabhan dan bertanggungjawab menandatangani cek apabila lesen guaman lelaki itu digantung, dia tidak mendapat sebarang kelebihan atau bayaran, sebaliknya hanya diberi gaji tetap sebagai peguam di firma itu.

Pada prosiding hari ini, dia turut mengecam Thilaiyalagan, Matan dan Kathavarayan sebagai individu yang pernah datang ke pejabat firma guaman Pathmanabhan yang lama di Jalan Sultan Abdul Samad, Banting untuk memindahkan barang-barang ke pejabat baharu di Jalan Kemboja.

"Saya kenal Kathavarayan sebab pernah mewakilinya di Mahkamah Majistret bagi kes di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan (kes ugut). Dalam tahun 2008 saya selalu jumpa dia berhubung kes itu.

"Walaupun kes itu sudah selesai selepas dia dilepas tanpa dibebaskan, Kathavayaran kerap datang ke pejabat. Saya mendapat tahu dia bekerja dengan Pathmanabhan sebagai pembantu," jelasnya.

Suri rumah itu turut memberitahu, Pathmanabhan pernah memaklumkan kepadanya yang dia ada membeli sebuah ladang di Tanjung Sepat, Banting.

Sementara itu, Nor Zairawaty pula memberitahu diarah menandatangani dokumen perjanjian jual beli hartanah antara syarikat Southern Symphony dengan Ample Quality Sdn. Bhd. pada pukul 11 pagi, 20 Ogos 2010.

Semasa disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya, Idham Abdul Ghani sama ada boleh atau tidak dia menurunkan tandatangan sekiranya diarahkan berbuat demikian, saksi memberitahu:

"Pathmanabhan ada di sebelah saya dan suruh saya tandatangan. Saya boleh kata tak nak, tetapi dia majikan saya."

Sebagaimana Kam, Nor Zairawaty juga pernah melihat Sosilawati datang ke pejabat Pathmanabhan atas urusan jual beli hartanah pada 2008 selain diarah ke mahkamah di Pulau Pinang pada 14 Ogos tahun lalu untuk menarik balik kayveat ke atas tanah yang dibeli jutawan kosmetik itu daripada seorang lelaki India.

Menjawab soalan peguam Manjeet Singh Dhillon, saksi itu mengesahkan Datuk Abdul Rahman Palil pernah datang ke pejabat baharu dan lama firma guaman itu atas urusan hartanah tetapi tidak mengetahui Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sementa itu ialah pengarah Ample Quality.

Semasa disoal oleh Hakim Datuk Akhtar Tahir pula, saksi mengesahkan tidak melihat geran tanah berkaitan semasa menandatangani perjanjian jual beli tersebut.

Perbicaraan yang masuk hari ke-27 bersambung esok.

Wednesday, August 24, 2011

kekal 20

Pekerja ladang kekal dipenjara 20 tahun

PUTRAJAYA 24 Ogos - Hukuman penjara 20 tahun terhadap dua pekerja ladang atas kesalahan melupuskan mayat jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, kekal selepas Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonan mereka bagi mendapatkan kebenaran merayu.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Ramly Ali memutuskan demikian selepas berpuas hati bahawa permohonan yang dikemukakan oleh K. Sarawanan, 20, dan U. Suresh, 27, gagal menepati kehendak Seksyen 50(2) Akta Mahkamah-Mahkamah Kehakiman.

Seksyen itu menghendaki pemohon mengemukakan persoalan undang-undang baru yang belum pernah diputuskan oleh mahkamah bagi membolehkan mereka layak mendapat kebenaran merayu.

Antara isu undang-undang yang diketengahkan pemohon ialah sama ada majistret telah memastikan pengakuan bersalah kedua-duanya dibuat mengikut peraturan serta penjelasan terperinci diberikan supaya mereka mengetahui sebab dan akibat pengakuan itu.

Keputusan sebulat suara tersebut turut dicapai oleh Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad dan Datuk Mohamed Apandi Ali.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd. Yusof berhujah agar permohonan itu ditolak kerana mereka telah mengaku bersalah di Mahkamah Majistret dan persoalan-persoalan yang dikemukakan itu pernah dihujahkan dan diputuskan sebelum ini.

Beliau berhujah, dalam kes terhadap kedua-duanya, Mahkamah Tinggi telah memastikan bahawa majistret berkenaan mematuhi peraturan yang ketat ketika merekodkan pengakuan bersalah pemohon-pemohon yang diyakini dibuat secara sukarela.

Menurut Ishak, pemohon-pemohon tidak pada bila-bila masa memfailkan rayuan terhadap pengakuan bersalah melainkan Mahkamah Tinggi yang menggunakan kuasa semakan untuk menyemak hukuman penjara itu.

Timbalan Pendakwa Raya, Saiful Edris Zainuddin turut menghujahkan, kebenaran merayu harus ditolak kerana Mahkamah Tinggi dalam keputusannya berpuas hati bahawa majistret itu telah merekodkan bahawa pertuduhan dibaca dan difahami serta diakui benar oleh pemohon-pemohon.

Sementara itu, peguam Datuk Harpal Singh Grewal berhujah, Mahkamah Tinggi tersilap arah ketika menimbang fakta kes dan kemudiannya menggunakan kuasa semakan dengan meminda hukuman penjara kepada 20 tahun.

Beliau menyatakan, kebenaran merayu harus diberikan bagi membolehkan penghakiman Mahkamah Tinggi itu diteliti sekali gus memberi peluang Mahkamah Rayuan memperbetulkannya.

Sarawanan dan Suresh memohon kebenaran merayu setelah tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 21 Februari lalu yang meminda hukuman mereka kepada 20 tahun.

Pada 15 Oktober tahun lalu, mereka dihukum penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Majistret Telok Datok, Banting setelah mengaku bersalah atas keempat-empat tuduhan.

Bagi setiap tuduhan, mereka mengaku mengangkat, membakar dan membuang abu mayat Sosilawati, 47, pegawai bank Norhisham Mohammad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.

Majistret Hurmain Hussain menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun bagi setiap tuduhan serta diperintah berjalan serentak bermula tarikh tangkapan pada 9 September tahun lalu.

Bagaimanapun, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Wira Mohtaruddin Baki meminda hukuman itu dan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun bagi setiap tuduhan serta diperintah berjalan berasingan.

Sarawanan mengaku melakukan kesalahan itu di Lot 2001 Jalan Tanjung Layang Tanjung Sepat, Banting pada 30 Ogos tahun lalu manakala Suresh mengaku berbuat demikian di Sungai Panchau, Jalan Morib, Banting pada 31 Ogos tahun lalu.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Friday, August 19, 2011

tidak mengadu

Tiga tertuduh tidak buat aduan

Oleh NOOR AZMAH IBRAHIM
pengarang@utusan.com.my

SHAH ALAM 19 Ogos - Lima anggota polis mengesahkan bahawa tiga tertuduh yang didakwa membunuh Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi tidak pernah mengadu dipukul atau meminta rawatan semasa mereka ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak pada September tahun lalu.

T. Thilaiyalagan, R. Matan dan R. Kathavarayan serta seorang lagi pekerja ladang, U. Suresh yang ditahan pada 9 September 2010 juga didakwa tidak mengadu tidak diberi makanan dan minuman semasa berada di lokap Balai Polis Selayang.

Timbalan Ketua Balai Polis Selayang, Sarjan Mejar Ranjit Singh dan tiga penyelia lokap balai tersebut, Koperal S. Yoganathan, Koperal Rizauzain Ishak, Koperal Azhar Yaakop serta Koperal Amir Abdullah memberitahu perkara itu semasa memberi keterangan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

"Semasa lalu dari sel ke sel, tidak ada sebarang aduan. Saya tidak bertanya. Pandang mata kasar pun sudah tahu tahanan ada masalah atau tidak. Kalau ada yang sakit, mereka akan mengadu,'' kata Ranjit yang melawat sel tahanan pada 11 September tahun lalu.

Sementara Yoganathan memaklumkan keadaan fizikal keempat-empat tahanan itu adalah baik semasa mereka dibawa ke lokap balai itu serta tidak mengadu mengalami sebarang kecederaan.

Amir memberitahu, antara makanan yang dibekalkan kepada tahanan yang tercatat di dalam diari lokap seperti nasi putih, dalca kacang panjang, telur rebus, roti bakar dan air sirap.

Beliau turut memaklumkan, makanan biasanya dipesan melebihi jumlah tahanan bagi menghadapi kemungkinan akan ada tahanan baharu yang dihantar selain mereka boleh meminta makanan tambahan sekiranya juadah yang diberi tidak mencukupi.

Sebagaimana yang lain, Rizauzain memberitahu, beliau tidak menerima sebarang aduan daripada tahanan termasuk tertuduh tentang mereka tidak diberi makan semasa bertugas pada 14 September 2010.

Katanya, ketika mereka dibawa keluar, beliau tidak nampak sebarang kecederaan walaupun tidak melakukan pemeriksaan fizikal.

"Saya ada bertanya, tetapi keempat-empat tahanan itu tidak mengadu apa-apa.

"Saya hadir semasa dua daripada mereka diambil untuk dipindahkan ke lokap lain. Hasil pemeriksaan, tiada apa-apa kecederaan,'' kata Azhar.

Mereka berkata demikian semasa memberi keterangan sebagai saksi pihak pendakwaan dalam prosiding bicara dalam perbicaraan (TWT) bagi mengetahui keadaan minda serta kemungkinan berlaku tekanan terhadap Thilaiyalagan dan Kathavarayan sewaktu disoal siasat sehingga membawa kepada penemuan barang-barang kes.

Prosiding tersebut berakhir hari ini selepas saksi terakhir iaitu saksi ke-19 selesai memberi keterangan.

Hakim Akhtar Tahir kemudian memerintahkan pihak pendakwaan dan pembelaan memfailkan hujahan masing-masing selewat-lewatnya pada 27 Ogos ini.

Dalam kes ini, bekas peguam, N. Pathmanabhan, 42, bersama tiga pekerja ladangnya, Thilaiyalagan, 20, Matan, 21, dan Kathavarayan, 31, didakwa membunuh Sosilawati, 47, pemandunya, Kamaruddin Shamsuddin, 47, peguam, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32, dan pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38.

Kejadian didakwa berlaku di Lot No. 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting dekat sini antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam, 30 Ogos tahun lalu.

Sementara itu, Hakim Akhtar turut memerintahkan pengarang Utusan Malaysia bersama-sama wartawan serta penerbit Buletin Utama TV3 hadir di mahkamah pada minggu depan.

Ia bertujuan memberi penjelasan berhubung penyiaran berita bertajuk 'Manjeet selalu burukkan kerajaan' yang dikatakan bersifat subjudis (kacau ganggu kes-kes yang belum selesai) terhadap perbicaraan tersebut.

Manjeet Singh Dhillon ialah peguam kepada Pathmanabhan yang mengetuai barisan pembelaan.

Perbicaraan yang masuk hari ke-26 bersambung Isnin ini.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Thursday, August 18, 2011

asing lokap

Pindah tertuduh ke lokap berasingan

Oleh NOOR AZMAH IBRAHIM
pengarang@utusan.com.my

SHAH ALAM 18 Ogos – Seorang pegawai polis memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini, bahawa beliau terpaksa menghantar dua daripada empat tertuduh yang didakwa membunuh Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi, ke dua lokap berasingan pada 11 September tahun lalu atas sebab-sebab keselamatan.

Asisten Supritendan M. Mariapan berkata, T. Thilaiyalagan dipindahkan ke lokap Balai Polis Kuang, R. Matan pula ke lokap Balai Polis Kundang manakala R. Kathavarayan manakala seorang lagi pekerja ladang, U. Suresh kekal di lokap Balai Polis Selayang.

‘‘Saya dimaklumkan terdapat lima suspek bagi kes berprofil tinggi. Ia juga ada isu perkauman kerana yang dibunuh adalah Datuk Sosilawati. Di dalam lokap pula ada ramai tahanan Melayu.

‘‘Jadi saya tidak mahu berlaku apa-apa yang tidak diingini kepada Thilaiyalagan dan Matan, Kebetulan lokap Balai Polis Selayang pun sudah sesak,’’ jelas beliau yang ketika itu merupakan Timbalan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Bahagian Gombak.

Beliau berkata demikian semasa memberi keterangan pada prosiding bicara dalam perbicaraan (TWT) bagi mengetahui keadaan minda serta kemungkinan berlaku tekanan terhadap Thilaiyalagan dan Kathavarayan semasa disoal siasat sehingga membawa kepada penemuan barang-barang kes.

Mariapan yang kini merupakan Pegawai Pentadbir di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor turut mengakui tersilap apabila memberitahu K. Sarawanan turut ditahan di lokap Balai Polis Selayang sedangkan mekanik itu masih belum ditangkap pada tarikh tersebut.

Dalam kes ini, bekas peguam, N. Pathmanabhan, 42, bersama tiga pekerja ladangnya, Thilaiyalagan, 20, Matan, 21, dan Kathavarayan, 31, didakwa membunuh Sosilawati, 47, pemandunya, Kamaruddin Shamsuddin, 47, peguam, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32, dan pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38.

Kejadian didakwa berlaku di Lot No. 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting dekat sini antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam, 30 Ogos tahun lalu.

Sementara itu, Koperal Detektif B. Janagaran yang bertanggungjawab menjaga keselamatan Thilayalagan pula memberitahu, dia bertindak memegang kolar baju tertuduh kedua itu semasa dibawa ke tempat kejadian, juga atas sebab-sebab keselamatan.

Katanya, pada ketika itu tertuduh mungkin akan mengambil kesempatan untuk melarikan diri atau dia sendiri diserang oleh orang awam yang berada berhampiran kawasan tersebut.

‘‘Itu adalah prosedur apabila suspek dibawa keluar. Walaupun Thilaiyalagan dalam keadaan bergari, ia tidak semestinya selamat,’’ katanya.

Terdahulu, peguam yang mewakili Pathmanabhan, Manjeet Singh Dhillon memohon agar wartawan dan pengarang akbar Utusan Malaysia diperintah hadir ke mahkamah berhubung penyiaran artikel bertajuk ‘Manjeet selalu burukkan kerajaan’ yang disiarkan oleh akhbar itu semalam.

Menurut Manjeet, artikel yang memuatkan komen Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan itu telah menuduh beliau dan pasukan pembelaan sebagai alat kepada pembangkang.

Beliau yang turut menyerahkan salinan artikel tersebut kepada mahkamah juga memaklumkan diberitahu bahawa TV3 menyiarkan berita yang sama dan akan berusaha untuk mendapatkan klip berita tersebut.

‘‘Apa yang ditulis oleh Utusan Malaysia adalah satu pembohongan. Ia menunjukkan seolah-olah pasukan pembelaan adalah alat kepada pembangkang. Apa yang dilakukan itu mempunyai motif tersembunyi.

‘‘Yang Arif patut abaikannya. Saya tidak kenal lelaki itu (Gobalakrishnan) dan saya tidak pernah berjumpa dengannya,’’ jelas beliau.

Selepas membaca artikel tersebut, Hakim Datuk Akhtar Tahir menyifatkan ia sebagai serangan peribadi terhadap pasukan pembelaan dan mahkamah itu sendiri.

Beliau kemudiannya mengarahkan pemberita dan pengarangnya hadir ke mahkamah bagi memberi penjelasan berhubung penyiaran artikel tersebut.

‘‘Ia tidak patut disiarkan. Lebih-lebih lagi perbicaraan sedang berjalan. Ia adalah penyalahgunaan prosiding yang membawa pada kesalahan menghina mahkamah.

‘‘Saya harap pemberita-pemberita yang berada di sini akan mengambil perhatian dan sampaikan kepada ketua masing-masing bahawa tiada sebarang komen seperti itu boleh dibuat,’’ katanya.

Perbicaraan yang masuk hari ke-25 bersambung esok.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Tuesday, August 16, 2011

xpukul

Berani mengaku kalau pukul

SHAH ALAM – Pegawai penyiasat kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, Cif Inspektor N Govindan memberitahu Mahkamah Tinggi, beliau berani mengaku sekiranya memukul dua pekerja ladang, T Thilaiyalagan dan R Kathavarayan.

Govindan berkata, beliau tidak mempu-nyai sebarang masalah untuk berbuat demikian sekiranya dakwaan yang dibuat oleh mereka adalah benar.

“Saya tak pukul, tak acu pistol dan tak buat ugutan bunuh terhadap mereka,” katanya ketika memberi keterangan bicara dalam bicara berhubung pertikaian cara soal siasat dijalankan pasukan yang diketuainya, 11 hingga 14 September tahun lalu.

Soal siasat itu dilakukan terhadap Thilaiyalagan, R Matan, U Suresh, dan Kathavarayan berkaitan pencarian bukti kes pembunuhan, Sosilawati dan tiga individu lain.

Beliau berkata, soal siasat yang dijalankan ke atas mereka dilakukan setelah beliau dilantik sebagai pegawai penyiasat kes secara lisan pada 10 September kira-kira jam 5 petang.

“Saya telah lantik 13 anggota untuk bantu saya menyempurnakan siasatan yang dijalankan terhadap mereka,” katanya.

Ditanya Peguam Manjeet Singh Dhillon, adakah Govindan ada pengalaman khas atau latihan khusus untuk menjalankan soal siasat, beliau menjawab tiada sebarang kemahiran diperlukan.

Govindan kemudian diarah rujuk buku catatan lokap berhubung jadual keluar masuk banduan akibat percanggahan waktu pengambilan Thilaiyalagan, Matan, Suresh, dan Kathavarayan pada 11 September lalu.

Dalam buku catatan tersebut tercatat Suresh orang pertama dikeluarkan dari lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, diikuti Thilaiyalagan, Kathavarayan dan Matan.

Bagaimanapun, Govindan berkata, keterangan mengenai perkara itu adalah tepat dan muktamad.

“Saya tidak tahu siapa yang membawa keluar Suresh terlebih dahulu kerana dia (Suresh) bukan di bawah seliaan saya,” katanya.

Menyentuh isu salah seorang anggotanya, Sarjan N Thiagarajan yang memegang kepala Thilaiyalagan dengan kedua belah tangannya, Govindan berkata, tindakan yang dilakukan oleh anggotanya adalah atas permintaan pekerja ladang itu.

“Thilaiyalagan meminta mukanya ditutup supaya media tidak ambil gambarnya, selain atas dasar keselamatan,” katanya.

Pathmanabhan, 42, bekas peguam bersama tiga pekerja ladangnya, Thilaiyalagan, 20, Matan, 21, dan Kathavarayan, 31, didakwa membunuh Sosilawati, 47, pemandunya, Kamaruddin Shamsuddin, 47, peguam, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32, dan pegawai CIMB, Noorhisham Mohammad, 38 antara jam 8.30 malam dan 9.45 malam, 30 Ogos tahun lalu.
Jawatan Kosong

Monday, August 15, 2011

sihat

Tertuduh sihat, beri kerjasama

SHAH ALAM 15 Ogos - Seorang pegawai polis memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, hari ini bahawa tiga tertuduh yang didakwa membunuh Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi berada dalam keadaan sihat, boleh berbual serta memberi kerjasama yang baik semasa disoal siasat pada September tahun lalu.

Pegawai soal siasat dari Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Cif Inspektor N. Govindan, 45, berkata, T. Thilaiyalagan, R. Matan dan R. Kathavarayan di temu bual di bilik soal siasat, Balai Polis Selayang pada 11 September secara berasingan.

Sementara soal siasat pada 12, 13 dan 14 September pula berlaku semasa mereka berada di tempat-tempat kejadian iaitu Ladang Gadong, Sungai Panchau, jabatan sungai Kampung Endah dan berhampiran sungai di ladang kelapa sawit, Kampung Kelanang, Banting.

‘‘Pada 11 September 2010, temu bual dijalankan ke atas mereka pada mulanya bagi kes pembunuhan berkaitan laporan polis Selayang, tetapi maklumat yang diberi berkaitan kes kehilangan empat orang (Sosilawati dan tiga lagi).

‘‘Semasa Kathavarayan ditemu bual, dia duduk di kerusi dalam keadaan bergari dan saya hanya bersama dia selama 50 minit. Kemudian saya temu bual Thilaiyalagan selama 20 minit sebelum pergi berjumpa suspek-suspek lain,’’ katanya.

Beliau berkata demikian semasa memberi keterangan pada prosiding bicara dalam perbicaraan (TWT) bagi mengetahui keadaan minda serta kemungkinan berlaku tekanan terhadap Thilaiyalagan dan Kathavarayan semasa disoal siasat sehingga membawa kepada penemuan barang-barang kes.

Menurut Govindan, beliau dan pasukannya menggunakan kaedah soal jawab yang mana suspek akan turut disoal semula berdasarkan jawapan diberikan oleh mereka.

Beliau juga menafikan berlaku sebarang kekerasan, paksaan atau penggunaan senjata semasa kesemua tertuduh disoal siasat, selain tidak pernah meminta Thilaiyalagan mengaku membunuh keempat-empat mangsa.

Di samping makanan dibekalkan untuk kesemua tertuduh termasuk semasa berada di tempat kejadian, beliau juga memberitahu bahawa Sarjan N. Thiagarajan memegang kepala Thilaiyalagan semasa berada di atas jambatan Sungai Kampung Endah atas permintaan tertuduh yang mahu mengelakkan wajahnya dirakamkan oleh media.

‘‘Kita sendiri tidak tahu dia buat atau tidak. Jadi sebab itu kita guna kaedah soal jawab. Semasa soal siasat tidak dibenarkan membawa senjata api. Saya memang dibekalkan senjata tetapi sudah lima atau enam tahun saya tidak pakai senjata api.

‘‘Segala tohmahan dalam laporan polis yang dibuat oleh Thilaiyalagan dan Kathavarayan juga tidak pernah berlaku. Semua tuduhan itu tidak berasas,’’ jelas beliau.

Dalam kes ini, N. Pathmanabhan, 42, bekas peguam serta, tiga pekerja ladangnya, Thilaiyalagan, 20; Matan, 21, dan Kathavarayan, 31, didakwa membunuh Sosilawati, 47; pemandunya, Kamaruddin Shamsuddin, 47; peguam, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32, dan pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38.

Kejadian didakwa berlaku di Lot No. 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting dekat sini antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam, 30 Ogos tahun lalu.

Terdahulu, Kathavarayan semasa memberi keterangan mengakui laporan polis yang dibuat pada 6 Julai lalu ditulis oleh peguamnya. Ravi Nekoo dengan isi kandungan diberikan olehnya.

Tertuduh keempat itu juga mengakui dalam laporan tersebut tidak menyebut dia dipukul selama satu setengah jam di Balai Polis Selayang walaupun dia memberitahu perkara itu dalam keterangannya di mahkamah.

Dia yang pada mulanya memberitahu tidak dapat mengecam kerana ramai yang memukulnya semasa di ladang, bagaimanapun mengatakan bahawa ramai yang berada di ladang dan bukan memukulnya semasa ditanya oleh Timbalan Pendakwa Raya, Saiful Edris Zainuddin.

Walaupun mendakwa Govindan mengugut untuk menembaknya sehingga mati, Kathavarayan mengaku pegawai polis itu tidak pernah menunjukkan pistol kepadanya.

Sementara itu, tertuduh kedua, Thilaiyalagan tidak berada di kandang tertuduh sepanjang prosiding hari ini selepas Hakim Datuk Akhtar Tahir membenarkan permohonannya untuk berada di lokap mahkamah.

Permohonan itu dibuat oleh lelaki itu kerana merasa amat sedih berikutan kematian bapanya akibat terjatuh di Ampang dekat sini, malam semalam.

Perbicaraan yang masuk hari ke-23 bersambung esok.

Thursday, August 11, 2011

hina mahkamah

Mohon dikenakan tindakan hina mahkamah

SHAH ALAM 11 Ogos - Selepas cuba mengenakan tindakan menghina mahkamah terhadap wartawan New Straits Times berhubung penyiaran berita bertajuk victims' bones found in river pada Julai lalu, pihak pembelaan hari ini membuat permohonan yang sama terhadap pihak pendakwaan pula.

Peguam Manjeet Singh Dhillon yang mewakili tertuduh pertama, N. Pathmanabhan memohon pihak pendakwaan dikenakan tindakan itu kerana mendakwa saksi mereka sendiri, U. Suresh atas tuduhan memberi keterangan palsu sewaktu perbicaraan yang masih berjalan.

Sebaik sahaja prosiding bermula di Mahkamah Tinggi di sini hari ini, peguam itu memaklumkan saksi pendakwaan ke-29 itu telah didakwa atas kesalahan memberi keterangan palsu mengikut Seksyen 193 Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Beliau mempersoalkan tindakan itu memandangkan Suresh mungkin dipanggil sekali lagi untuk memberi keterangan selain permohonan pihak pendakwaan untuk mencabar kebolehpercayaan saksi itu masih belum diputuskan.

"Adakah ini cubaan secara langsung atau tidak langsung pihak pendakwaan untuk memberi amaran kepada saksi agar memberi keterangan mengikut apa yang mereka mahu,'' kata beliau.

Permohonan itu turut disokong oleh peguam-peguam, Gurbachan Singh, Amer Hamzah Arshad dan Ravi Nekoo yang mewakili tiga tertuduh, T. Thilaiyalagan, R. Matan dan R. Kathavarayan.

Timbalan Pendakwa Raya, Saiful Edris Zainuddin yang turut hadir pada prosiding semalam pula berkata, keputusan sama ada mahkamah menerima permohonan untuk mencabar kebolehpercayaan Suresh bukan syarat untuk membolehkan lelaki itu didakwa memberi keterangan palsu.

Beliau juga mengingatkan bahawa Suresh adalah saksi pendakwaan dan dia dengan jelas memberi 22 fakta yang bercanggah pada keterangannya dalam perbicaraan kes bunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi pada akhir Julai lalu.

Hakim Datuk Akhtar Tahir kemudiannya mengarahkan pihak pendakwaan dan pembelaan berhujah berhubung permohonan itu dengan memberi tumpuan kepada isu sama ada pertuduhan terhadap Suresh dibuat pada masa yang sesuai atau sebaliknya.

Pertuduhan terhadap Suresh yang merupakan pekerja di Ladang Gadong semalam dikendalikan oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Idham Abd. Ghani dan Nur Azimul Azami Mohamad Nor.

Pathmanabhan, 42, bekas peguam bersama tiga pekerja ladangnya, Thilaiyalagan, 20, Matan, 21, dan Kathavarayan, 31, didakwa membunuh Sosilawati, 47, pemandunya, Kamaruddin Shamsuddin, 47, peguam, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32, dan pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38.

Kejadian didakwa berlaku di Lot No. 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting dekat sini antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam, 30 Ogos tahun lalu.

Sementara itu, pegawai perubatan di Penjara Sungai Buloh, Dr. P. Paramanathan, 67, mengesahkan bahawa Kathavarayan mengadu sakit pada tapak kaki kiri, pinggul kiri dan dada manakala Thilaiyalagan pula sakit pada bahagian pinggul kiri dan sakit belakang akibat dipukul oleh pihak polis ketika diperiksa pada 14 Oktober 2010.

Saksi keempat untuk prosiding bicara dalam perbicaraan (TWT) bagi menentukan keadaan minda kedua-dua tertuduh itu semasa disoal pihak polis sehingga membawa kepada penemuan barang-barang kes bagaimanapun memberitahu beliau tidak nampak sebarang kesan kecederaan pada mereka berdua.

Sementara itu, Kathavarayan yang memberi keterangan dalam prosiding sama pula mendakwa ditampar, ditarik rambut, ditumbuk pada bahu dan tengkuk, ditendang serta dipukul dengan getah paip pada bahagian tapak kaki semasa berada dalam tahanan polis pada September tahun lalu.

Dia juga mendakwa rambutnya dipotong oleh anggota polis semasa dalam perjalanan pulang dari Banting ke lokap Balai Polis Selayang.

Turut memberi keterangan sebagai saksi dalam TWT ini ialah Ravi, Ketua Balai Polis Selayang, Cif Inspektor Nordin Misban, Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur, Ahmad Shakib Ismail dan jurugambar Utusan, Sharuddin Abdullah.

Perbicaraan yang masuk hari ke-22 bersambung Isnin ini.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Wednesday, August 10, 2011

lokasi

Hakim lawat lokasi kes Sosilawati

SHAH ALAM 10 Ogos - Selepas lawatan pertama ke beberapa lokasi di Banting pada 13 Julai lalu, pihak-pihak yang terlibat dalam perbicaraan kes bunuh Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya di Mahkamah Tinggi di sini hari ini sekali lagi membuat lawatan ke tempat kejadian.

Rombongan yang terdiri daripada Hakim Datuk Akhtar Tahir, pihak pendakwaan, barisan pembelaan,petugas media dan empat tertuduh dalam kes itu, N. Pathmanabhan, T. Thilaiyalagan, R. Matan dan R. Kathavarayan tiba di lokasi pertama, Jalan Sungai Arak, Kampung Kelanang, Banting pada pukul 10.15 pagi.

Tempat pembuangan sampah itu merupakan lokasi 14 batang sisa kayu yang dikatakan diguna untuk membakar mayat keempat-empat mangsa ditemui oleh pihak polis hasil maklumat daripada Thilaiyalagan.

Kawasan yang terletak di tepi ladang kelapa sawit dan sebuah anak sungai itu agak terpencil serta jauh dari kediaman selain boleh dihubungi melalui sebatang jalan yang memuatkan sebuah kenderaan sahaja.

Rombongan yang turut disertai oleh tujuh kereta peronda dan van polis serta dikawal oleh beberapa motosikal trafik itu tiba ke kawasan tempat letak kereta, Flat Angsana, USJ 1, Subang Jaya kira-kira sejam kemudian.

Ia merupakan lokasi kereta jenis BMW X5 hitam dengan nombor pendaftaran WTL 11 yang dinaiki Sosilawati dan pemandunya, Kamaruddin Shamsuddin ditemui pada 6 September tahun lalu.

Kehadiran rombongan itu telah menarik perhatian penduduk di flat berkenaan apabila mereka keluar beramai-ramai untuk melihat dan mengerumuni kawasan tersebut sehingga terpaksa diminta berundur oleh pihak polis.

Sebuah longkang berhampiran kawasan flat tersebut, iaitu tempat kunci kereta itu dikatakan ditemui turut dilawati.

Kawasan tempat letak kereta di Jalan SS12/1B, Subang Jaya yang dikatakan tempat kereta jenis BMW dengan nombor pendaftaran AAJ 5 milik peguam, Ahmad Kamil Abd. Karim ditemui menjadi lokasi terakhir lawatan hari ini.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

palsu

Dituduh beri keterangan palsu

Oleh NOOR AZMAH IBRAHIM
pengarang@utusan.com.my


N. PATMANABHAN (tiga dari kiri) dan tiga suspek lain dibawa ke lokasi penemuan bahan bukti di Sungai Arak, Banting, semalam.

SHAH ALAM 10 Ogos - Pekerja ladang, U. Suresh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan memberi keterangan palsu dalam perbicaraan kes bunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya pada akhir Julai lalu.

Suresh, 27, yang sedang menjalani hukuman penjara 20 tahun bagi kesalahan melupuskan mayat keempat-empat mangsa tersebut, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohammed Mokhzani Mokhtar.

Tertuduh didakwa memberi keterangan palsu di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir dalam perbicaraan kes Pendakwa Raya lawan N. Pathmanabhan, T. Thilaiyalagan, R. Matan dan R. Kathavarayan di Mahkamah Tinggi 8 di sini antara pukul 9.30 pagi dan 12 tengah hari, 25 hingga 27 Julai lalu.

Sedangkan keterangan itu berbeza dengan kenyataan tertuduh yang diberikan kepada Asisten Supritendan (ASP) Ong Seng Keong di Penjara Sungai Udang, Melaka pada 26 Oktober tahun lalu.

Suresh yang sebelum ini bekerja di Ladang Gadong, Banting iaitu tempat keempat-empat mangsa didakwa dibunuh, menghadapi tuduhan mengikut Seksyen 193 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.

Timbalan Pendakwa Raya, Nur Azimul Azami Mohamed Nor memaklumkan, Suresh sedang menjalani hukuman penjara 20 tahun bagi kesalahan melupuskan empat mayat dan soal jaminan tidak timbul pada peringkat ini.

Beliau bagaimanapun mencadangkan agar tertuduh dikenakan RM100,000 sebagai ikat jamin jika mahkamah ingin membebaskannya dengan alasan kesalahan yang dilakukan adalah serius kerana ia melibatkan 22 percanggahan dalam keterangannya.

Menurut beliau, tertuduh juga memberi keterangan bercanggah itu dalam perbicaraan melibatkan kes pembunuhan dan ia bakal memberi kesan yang amat besar kepada perbicaraan tersebut.

Peguam A. S. Dhaliwal bagaimanapun memohon Suresh dibebaskan dengan ikat jamin kerana memberi keterangan palsu adalah kesalahan yang boleh dijamin selain ia tidak mempunyai kaitan dengan kesalahan melupuskan empat mayat mangsa.

Menurut beliau, anak guamnya juga berhak dijamin dengan mencadangkan jumlah antara RM5,000 dan RM10,000 dikenakan selain memaklumkan anak guamnya akan membuat rayuan terhadap hukuman penjara 20 tahun itu pada 24 Ogos ini.

Mahkamah kemudiannya membenarkan Suresh dibebaskan dengan ikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan 3 November ini untuk sebutan kes tersebut.

Pada 27 Julai lalu, Hakim Akhtar berpendapat 22 daripada 23 percanggahan dalam keterangan Suresh adalah material dalam perbicaraan kes itu serta membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk mencabar kebolehpercayaan saksi tersebut.

Beliau turut membenarkan kenyataan saksi pendakwaan ke-29 itu di bawah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah yang dirakamkan oleh Seng Keong di Penjara Sungai Udang, Melaka pada 26 Oktober 2010 digunakan untuk prosiding tersebut.

Sama ada keterangan Suresh di mahkamah atau kenyataannya mengikut Seksyen 112 itu akan diterima pakai oleh mahkamah akan diputuskan di akhir kes pendakwaan kelak.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Tuesday, August 9, 2011

sakit


Dua sakit, bicara dalam perbicaraan ditangguh

Thilaiyangan (kiri) dan Matan (dua kiri) diiringi polis sewaktu hadir di perbicaraan kes bunuh Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain di Mahkamah Shah Alam, semalam. - utusan/Mohd Shaharani Saibi

SHAH ALAM 9 Ogos - Prosiding bicara dalam perbicaraan (TWT) di Mahkamah Tinggi di sini bagi mengetahui keadaan minda serta kemungkinan berlaku tekanan terhadap dua tertuduh, T. Thilaiyalagan dan R. Kathavarayan semasa disoal siasat sehingga membawa kepada penemuan barang-barang kes, ditangguhkan sehingga Khamis ini.

Hakim Datuk Akhtar Tahir membenarkan penangguhan selepas peguam Manjeet Singh Dhillon memaklumkan anak guamnya yang juga tertuduh pertama, N. Pathmanabhan dan Kathavarayan selaku tertuduh keempat tidak dapat hadir kerana tidak sihat dan dibawa ke hospital pagi ini.

Peguam Gurbachan Singh yang mewakili Thilaiyalagan juga memohon perkara yang sama kerana pihaknya perlu menyerahkan sepina kepada beberapa orang saksi yang akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam prosiding TWT itu.

Hakim Akhtar turut memaklumkan mahkamah akan mengadakan lawatan ke beberapa lokasi berkaitan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi di sekitar Banting dan Subang Jaya esok.

Selain beliau dan pegawai mahkamah serta barisan pendakwaan dan juga pembelaan, lawatan kali kedua ini akan disertai oleh kesemua tertuduh.

Dalam kes ini, bekas peguam, Pathmanabhan, 42; bersama tiga pekerja ladangnya, Thilaiyalagan, 20; R. Matan, 21; dan Kathavarayan, 31; didakwa membunuh Sosilawati, 47, pemandunya, Kamaruddin Shamsuddin, 47; peguam, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32; dan pegawai Bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohamad, 38.

Kejadian didakwa berlaku di Lot No. 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting dekat sini antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam, 30 Ogos tahun lalu.

Mereka dibicarakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Sementara itu, saksi pendakwaan ke-36, Sarjan Mohamed Dahlan Rasee dari Cawangan Siasatan Tempat Kejadian Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur memberitahu, dia diarah melakar rajah kasar di sebuah sungai di Jalan Gelanggang Buaya, Kampung Kelanang, Banting pada 14 September tahun lalu.

Menurutnya, kerja tersebut dilakukan sebaik sahaja sampai di lokasi dan sebelum bahan bukti iaitu enam keping zink ditemui di dalam sungai itu oleh tiga anggota penyelam.

''Saya nampak tiga anggota penyelam berada di dalam parit sedang mencari bahan-bahan bukti. Tidak lama kemudian saya nampak mereka mengeluarkan sekeping demi sekeping zink dari dalam air.

''Zink-zink itu diletakkan di atas tebing rumput dan dibalut dengan kertas minyak berwarna putih oleh anggota siasatan tempat kejadian jenayah,'' jelasnya semasa memberi keterangan dalam kes bunuh tersebut.

Semasa disoal oleh Manjeet, Mohamed mengaku dia melukis rajah kasar tempat itu sebelum zink ditemui dan meletakkannya dalam lakaran itu apabila ia ditemui 10 minit kemudian.

Saksi turut mengakui tiga anggota penyelam itu mula membuat pencarian di dalam sungai tersebut sebelum pasukan siasatan tempat kejadian jenayah tiba.

Saksi pendakwaan ke-35, Lans Koperal Salmi Putit pula mengesahkan dia membuat rajah kasar di tempat letak kereta di Jalan SS12/1B, Subang Jaya iaitu lokasi kereta BMW milik Ahmad Kamil ditemui.

Katanya, lakaran itu dibuat apabila sampai di pejabat selepas menjalankan siasatan di tempat itu pada pukul 10 malam, 6 September 2010.

Ditanya sama ada ia adalah kawasan lot tempat letak kereta berbayar dan ia bersambung dengan bahagian di hadapan deretan rumah kedai, saksi mengesahkan perkara itu.

Dia bagaimanapun memaklumkan tidak nampak meter untuk pembayaran tempat letak kereta berhampiran dan diberitahu oleh seorang penduduk yang tinggal berdekatan bahawa kawasan itu tidak berbayar.

Perbicaraan yang masuk hari ke-20 bersambung esok.

Monday, August 8, 2011

tiada niat

Tiada niat kenakan polis

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

SHAH ALAM: Tertuduh ketiga dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain iaitu R Matan, 21, menafikan di Mahkamah Tinggi di sini, semalam, bahawa dia mereka-reka cerita ditekan serta dicederakan polis kerana mahu ‘mengenakan’ Pegawai Penyiasat, Cif Inspektor N Govindan dan pasukannya.

Matan berkata demikian ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd Yusoff bagi prosiding bicara dalam bicara bagi menentukan sama ada tertuduh kedua T Thilaiyalagan menerima tekanan dalam memberi kenyataan kepada polis berhubung penemuan bahan bukti dalam kes itu.


Dia juga menafikan berpakat dengan Thilaiyalagan untuk membuat laporan polis sebagai persediaan dalam kes pembelaan dan juga bagi prosiding bicara dalam bicara.

Matan bagaimanapun bersetuju dengan cadangan Ishak bahawa apabila ditahan polis tidak boleh mengharapkan layanan seperti berada di rumah. Menjawab soalan peguam bela, Gurbachan Singh, Matan berkata, dia juga dipukul hingga lebam dan mulut berdarah.


Dia yang juga saksi ketiga dalam prosiding bicara dalam bicara itu memberitahu mahkamah bahawa dia sendiri melihat Thilaiyalagan dan tertuduh keempat, R Khatavarayan, 31, dipukul sehingga berdarah ketika berada di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak.

nafi berbohong

Nafi berbohong

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

SHAH ALAM: Seorang pekerja ladang menafikan berbohong apabila membuat dua laporan polis berhubung dakwaan dia dipukul ketika ditahan reman sepanjang siasatan kes bunuh Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, tahun lalu.

T Thilaiyalagan, 20, tertuduh kedua dalam kes itu berkata, dia membuat dua laporan itu sendiri tanpa diarahkan oleh mana-mana pihak, masing-masing pada 6 April dan 6 Julai 2011. Selain itu, katanya, dia tidak mereka-reka cerita apabila mendakwa polis memasukkan pistol ke dalam mulutnya, dipaksa makan cili padi dan diarahkan bermalam di lokap yang dibanjiri air. Bagaimanapun, pada masa sama, saksi itu mengakui, dia boleh membuat aduan berhubung perkara itu ketika polis membawanya di Mahkamah Majistret untuk mendapatkan lanjutan perintah reman, namun memilih untuk tidak berbuat demikian. Thilaiyalagan berkata demikian pada bicara dalam bicara pada kes bunuh Sosilawati, 47, dan pemandunya, Kamaruddin Shamsuddin, 44, pegawai bank, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, di Mahkamah Tinggi, di sini, semalam. Bicara dalam bicara itu diadakan bagi menentukan sama ada Thilaiyalagan menerima tekanan berhubung penemuan bahan bukti di beberapa lokasi di Banting, pada tahun lalu. Pada keterangan lain, saksi itu bersetuju dengan cadangan Timbalan Pendakwa Raya, Saiful Edris Zainuddin bahawa dia boleh masuk hospital jika dia dipukul dengan teruk di bahagian kemaluan. Menjawab satu soalan Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd Yusoff, lelaki itu berkata, dia masih boleh berjalan meskipun mendakwa tidak diberikan makanan oleh pihak polis.

dera


Tertuduh dakwa didera, rasa nak gila

KIRI:T. Thilaiyalagan, KANAN: R. Matan

SHAH ALAM 8 Ogos - Pekerja ladang, T. Thilaiyalagan hari ini mendakwa dia hampir gila apabila dipaksa dan diugut akan ditembak dengan pistol semasa disoal siasat ketika dalam tahanan reman pada 11 September tahun lalu.

Tertuduh kedua yang didakwa membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi itu memberitahu, dia juga merasa tertekan apabila turut disepak, ditampar dan ditendang berkali-kali pada kemaluannya pada hari yang sama.

Dia memberi keterangan sedemikian di Mahkamah Tinggi di sini sebagai saksi pertama bagi prosiding bicara dalam perbicaraan (TWT) untuk mengetahui keadaan minda serta kemungkinan berlaku tekanan terhadap dirinya semasa disoal siasat sehingga membawa kepada penemuan barang-barang kes.

''Saya diugut, dipaksa, dipukul dan diseksa dengan ditampar, ditendang di dada dan dipukul pada kemaluan. Saya merasa takut dan tertekan apabila disuruh mengikut kata-kata Tuan Govindan (Cif Inspektor N. Govindan), kalau tidak saya kena tembak.

''Saya rasa nak jadi gila. Pada 14 September, saya masih merasa takut tetapi saya mula merasa lega. Saya tidak lagi berasa seperti nak gila, cuma rasa takut saja,'' kata tertuduh semasa disoal oleh peguam Amer Hamzah Arshad.

Timbalan Pendakwa Raya, Saiful Edris Zainuddin semasa menyoal balas pula mencadangkan sekiranya tertuduh ditendang berkali-kali di kemaluan, pastinya dia dimasukkan ke hospital dan tidak mungkin ke tempat-tempat kejadian untuk mencari bahan bukti dalam keadaan sihat sebagaimana foto yang dipaparkan pada keesokan hari.

Walaupun mendakwa diugut dan dipukul dengan begitu teruk pada September tahun lalu, Thilaiyalagan, 20, mengaku dia hanya membuat laporan polis pada 6 April dan 6 Julai lalu, itupun selepas dinasihatkan oleh peguam untuk berbuat demikian seperti yang tercatat dalam laporan tersebut.

Dia juga mengaku keterangannya tentang perkataan babi yang kononnya digunakan oleh pihak polis terhadapnya serta cerita dia ditendang di dada sehingga lebam, dipukul dengan rotan dan getah paip tidak terdapat dalam laporan polis yang dibuatnya.

Meskipun mengesahkan tidak fasih berbahasa Melayu serta memerlukan jurubahasa Tamil semasa memberi keterangan hari ini, Thilaiyalagan mengaku penggunaan bahasa Melayu dalam kedua-dua laporan polis itu datang daripada dirinya sendiri sekalipun penggunaan bahasa dalam laporan itu adalah baik.

Dia juga gagal mengecam anggota-anggota polis yang didakwa memukulnya selain Cif Inspektor Govindan yang memberi keterangan sebelum ini dan Sarjan N. Thiagarajan semasa sesi pengecaman dalam bilik bicara.

Dalam kes ini, bekas peguam, N. Pathmanabhan, 42; bersama tiga pekerja ladangnya, Thilaiyalagan, 20; R. Matan, 21; dan R. Kathavarayan, 31; didakwa membunuh Sosilawati, 47, pemandunya, Kamaruddin Shamsuddin, 47; peguam, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32; dan pegawai Bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohamad, 38.

Kejadian didakwa berlaku di Lot No. 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting dekat sini antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam, 30 Ogos tahun lalu.

Sementara itu, Matan yang memberi keterangan sebagai saksi kedua pula mendakwa melihat muka Thilaiyalagan berdarah sedangkan keterangan saksi itu sendiri sebelumnya langsung tidak menyebut sedemikian.

Walaupun mengaku mempunyai hubungan yang amat baik dengan Thilaiyalagan dan Kathavarayan serta saling membantu apa yang termampu jika salah seorang mengalami kesusahan, Matan menafikan memberi keterangan untuk membantu mereka.

Semasa disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd. Yusoff, dia turut menafikan berpakat dengan Thilaiyalagan untuk membuat laporan polis itu walaupun dalam laporan kedua-duanya jelas terdapat persamaan ayat demi ayat serta kesilapan yang sama.

Govindan dalam keterangannya sebelum ini memberitahu Thilaiyalagan telah menunjukkan enam keping zink yang dibuang di sebuah sungai di Jalan Kenangan, Kampung Kelanang dan 14 batang sisa kayu bakar di tempat pembuangan sampah Sungai Arak, Banting dekat sini pada 14 September tahun lalu.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir yang masuk hari ke-19 bersambung esok.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Friday, August 5, 2011

cap jari

Polis temui tiga kesan cap jari

SHAH ALAM 5 Ogos - Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa pasukan forensik polis menemui tiga cap jari pada kad Touch 'n Go dan pewangi di dalam kereta milik peguam, Ahmad Kamil Abd. Karim yang dibunuh bersama jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan dua yang lain.

Pegawai Turus Siasatan Tempat Kejadian (CSI) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Deputi Supritendan (DSP) Sheikh Zainal Abidin Sheikh Omar berkata, calitan kapas turut dibuat ke atas stereng dan tombol gear kereta jenis BMW hitam dengan nombor pendaftaran AAJ 5 itu.

Menurut saksi pendakwaan ke-34 itu, bahan-bahan bukti tersebut ditemui semasa beliau dan pasukannya memeriksa kereta yang diletakkan di parkir Jalan SS12/1B, berhampiran Hotel Grand Dorsett, Subang Jaya pada pukul 10.55 malam, 6 September tahun lalu.

"Hasil pemeriksaan saya tandakan lapan bukti fizikal iaitu kereta itu sendiri, smart tag, iklan TM, kad Touch 'n Go, satu diari dari bonet kereta, calitan kapas pada stereng dan tombol gear bagi mengesan kehadiran asid deoksiribonukleik (DNA).

"Begitu juga akhbar The Sun bertarikh 30 Ogos 2010 di bahagian belakang kereta dan pewangi Lavender di sebelah pintu pemandu belah kanan. Kad Touch 'n Go ada dua kesan cap jari dan satu pada pewangi Lavender," jelas beliau.

Dalam kes ini, bekas peguam, N. Pathmanabhan, 42; bersama tiga pekerja ladangnya, T. Thilaiyalagan, 20; R. Matan, 21; dan R. Kathavarayan, 31; didakwa membunuh Sosilawati, 47, pemandunya, Kamaruddin Shamsuddin, 47; Ahmad Kamil, 32; dan pegawai Bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohamad, 38.

Kejadian didakwa berlaku di Lot No. 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting dekat sini antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam, 30 Ogos tahun lalu.

Menurut Sheikh Zainal Abidin, kesemua bahan bukti itu dibungkus dan dimasukkan ke dalam sampul yang ditutup dengan cop forensik serta ditanda dengan nombor tag masing-masing sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat, Asisten Supritendan (ASP) Mohd. Ishak Yaakob.

Selain memeriksa kereta tersebut, beliau dan pasukannya turut membantu siasatan di sebuah sungai di Kampung Kelanang, Banting dekat sini pada 14 September tahun lalu.

"Saya nampak tiga anggota penyelam mencari sesuatu di dalam sungai dan mereka dapat keluarkan satu persatu zink dari sungai dan tiap-tiap satu diletakkan di tebing sungai sehingga jumlahnya enam keping.

"Saya arahkan seorang anggota saya membuat rajah kasar tempat itu manakala yang lain membantu saya menyusun zink dan membuat tandaan ke atas setiap keping zink," jelas beliau.

Sheikh Zainal Abidin memberitahu kesemua zink itu dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat, Banting dan diserahkan kepada Mohd. Ishak.

Semasa ditanya oleh peguam Manjeet Singh Dhillon yang mewakili Pathmanabhan berkali-kali tentang bahan-bahan yang terkandung di dalam kertas yang digunakan untuk membungkus zink, saksi tiba-tiba menjawab:

"Saya memang (ahli) forensik, tapi janganlah bertanya soalan yang tidak sepatutnya kepada saya."

Manjeet bagaimanapun masih berkeras dan menyoal bagaimana Sheikh Zainal Abidin mengetahui soalan tersebut tidak patut, sebelum peguam itu ditegur oleh Hakim Datuk Akhtar Tahir.

Terdahulu peguam itu juga mencadangkan kepada saksi agar pasukan forensik polis menonton siri televisyen popular CSI bagi memperbaiki mutu siasatan.

Saksi dan peguam itu bagaimanapun saling memohon maaf sebelum sesi pemeriksaan balas tersebut berakhir.

Perbicaraan yang masuk hari ke-18 bersambung Isnin ini.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Thursday, August 4, 2011

simpan pisau

Simpan pisau

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

SHAH ALAM: Seorang amah Indonesia memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, R Khatavarayan atau Ravi, tertuduh keempat yang didakwa membunuh empat individu termasuk Datuk Sosilawati Lawiya memberinya pisau kecil untuk disimpan semula, pada malam semua mangsa didakwa dibunuh.

Siti Hamidah Karnas, 18, berkata, dia mengambil senjata itu dan meletakkannya di bahagian kepala tempat tidur Ravi seperti yang diarahkan Ravi.

Menurutnya, pada keesokan hari, tertuduh pertama dalam kes itu, N Pathmanabhan, 42, menyerahkan satu dokumen kepadanya untuk diserah kepada isteri Ravi, Jacinta.

Ketika itu katanya, Pathmanabhan memakai pakaian sama seperti apa dilihatnya pada lelaki itu, jam 5 petang hari sebelumnya.


Saksi itu berkata, pada jam 9 pagi, Ravi meminta dokumen itu dan pada masa sama menyerahkan sarung tangan hitam.


“Dia (Ravi) kata (sarung tangan) itu basuh di luar,” katanya.

Pada keterangan lain, Siti Hamidah berkata, Ravi ada membawa masuk lori dengan muatan kayu, di ladang tempatnya bekerja, di Tanjung Sepat, di Banting, sehari sebelum semua mangsa didakwa dibunuh.

Dia berkata, dia melihat Ravi berbuat demikian pada jam 3 petang, 29 Ogos 2010.

Saksi itu berkata, selepas itu, tertuduh kedua dan ketiga, T Thilaiyalagan, 20; R Matan, 21, dan seorang pekerja ladang, U Suresh, 27, memunggah kayu itu untuk diletakkan di satu bahagian di ladang itu.

Menurutnya, kayu berkenaan yang bersaiz besar dan tidak berbelah.
Namun katanya, dia tidak melihat kayu berkenaan di tempat berkenaan dua hari selepas kali pertama melihatnya.

Sementara itu, pada prosiding semalam, Hakim Datuk Akhtar Tahir bersama-sama pendakwaan dan pembelaan memeriksa kenderaan Isuzu D-Max dengan nombor pendaftaran WSF 8707 yang didakwa digunakan Pathmanabhan dan Ravi.



Kronologi kejadian berdasarkan keterangan Siti Hamidah

29 Ogos 2010: Ravi membawa masuk lori dengan muatan kayu balak sebelum Thilaiyalagan, Matan dan U Suresh, 27, memunggah kayu itu untuk diletakkan di satu bahagian di ladang itu.

30 Ogos 2010: Jam 4 petang: Semua pekerja ladang diminta masuk ke dalam rumah dalam tempoh sejam serta tidak dibenarkan keluar tanpa kebenaran Ravi atau Jacinta.

Jam 5 petang: Jacinta mengarahkan Siti Hamidah mengambil dua parang dan sebilah pisau di atas almari bilik tidur dan diberikan kepada Ravi. Siti Hamidah lihat Pathmanabhan datang ke ladang dan Ravi mengarahkan masukkan senjata itu ke dalam kereta. Kedua-dua mereka meninggalkan ladang pada jam 5.55 petang.

Jam 7 malam: Siti Hamidah melihat tiga lelaki dan seorang wanita tidak jauh dari rumah majikannya di dalam ladang. Jacinta terima panggilan dan meminta Siti Hamidah menyediakan dua baju berlengan dan tidak berlengan, seluar trek, syampu, bedak, tuala, baldi dan kunyit. Semua dibungkus dan dimasukkan dalam baldi di pintu belakang.

Jam 9 malam: Siti Hamidah mendengar jeritan dua kali dari seorang wanita. Siti Hamidah menyambung kerja dan diarahkan mengambil barang di sebuah rumah karaoke di ladang itu. Barangan termasuk pisau, kunyit, air, satu bateri telefon bimbit dan tuala lembap yang sudah digunakan berada dalam keadaan bersepah-sepah.

Tengah malam: Ketika mengambil barang di bilik karaoke, Siti Hamidah melihat api besar setinggi pokok kelapa sawit dilihat di belakang rumah tertuduh kedua, T Thilaiyalagan. Ravi memberi pisau kepada pembantu rumah itu untuk disimpan di bilik tidurnya.

31 Ogos 2010: Pathmanabhan menyerahkan satu dokumen kepadanya untuk diserahkan kepada isteri Ravi, Jacinta. Ravi arahkan Siti Fatimah membasuh sarung tangan hitam.

nampak indon

4 lelaki buang barang dalam sungai

Oleh NOOR AZMAH IBRAHIM dan SUWARNI MOKHTAR
pengarang@utusan.com.my

SHAH ALAM 4 Ogos - Selepas memberi 23 fakta bercanggah dalam keterangan sebelum ini, pekerja ladang, U. Suresh hari ini tampil pula dengan cerita bahawa dia melihat seorang lelaki Indonesia dan tiga lelaki Melayu membuang barang-barang termasuk zink di beberapa lokasi sekitar Banting pada 4 September tahun lalu.

Semasa disoal balas oleh peguam Manjeet Singh Dhillon, Suresh juga memberitahu, lelaki Indonesia itu turut memberikannya dua telefon bimbit semasa berada di USJ 1, Subang Jaya yang kemudian dibuang di parit besar berhampiran Pasar Besar Banting.

Suresh, 27, yang merupakan saksi pendakwaan ke-29 berkata, dia berjumpa dengan empat lelaki itu yang mahu menyewa lorinya untuk membuang barang-barang kegunaan sembahyang, di pintu masuk sebuah kuil berhampiran Ladang Gadong antara pukul 7 dan 7.30 pagi.

Menurut Suresh yang sedang menjalani hukuman penjara 20 tahun bagi kesalahan melupuskan mayat jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi, dia melihat kumpulan lelaki tersebut membuang satu karung putih dan beberapa barang lain di tiga batang sungai

‘‘Ketika di salah satu lokasi tersebut, Saya tidak nampak apa yang dibuang, semasa melihat cermin sisi, saya dengar bunyi zink dipijak,’’ cerita saksi.

Dalam kes ini, bekas peguam, N. Pathmanabhan, 42; bersama tiga pekerja ladangnya, T. Thilaiyalagan, 20; R. Matan, 21; dan R. Kathavarayan, 31; didakwa membunuh Sosilawati, 47, pemandunya, Kamaruddin Shamsuddin, 47; peguam, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32; dan pegawai Bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohamad, 38.

Kejadian didakwa berlaku di Lot No. 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting dekat sini antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam, 30 Ogos tahun lalu.

Dalam keterangannya, Suresh juga mendakwa wang sewa RM300 dibayar oleh seseorang yang menaiki kereta berwarna hitam yang dilihatnya semasa berada di Jalan Kelanang.

Dia kemudian menumpangkan lelaki Indonesia ke USJ 1, Subang Jaya semasa dalam perjalanan ke Puchong dan sebelum beredar, lelaki itu memberikan dua buah telefon bimbit kepadanya walaupun dia pada awalnya menolak pemberian tersebut.

Kedua-dua telefon bimbit itu bagaimanapun dibuang ke dalam sungai memandangkan barang-barang sembahyang juga dibuang di situ selepas Kathavarayan memarahinya serta menyuruh dia berbuat demikian.

Semasa diminta memberi penjelasan tentang percanggahan keterangannya dengan rakaman percakapan kepada polis oleh Hakim Datuk Akhtar Tahir, Suresh menafikan dia tinggal di Ladang Gadong dan hanya datang sekali-sekala apabila ada kerja.

Bagaimanapun dalam keterangannya pada 25 Julai lalu, Suresh mengakui tinggal dalam bilik kedua di sebuah rumah di ladang itu selama dua bulan sebelum ditangkap pada 9 September 2010.

Terdahulu, Hakim Akhtar membenarkan rakaman percakapan Suresh pada 26 Oktober tahun lalu digunakan untuk mencabar kredibiliti saksi itu dengan alasan ia dirakam mengikut keperluan Seksyen 112 dan 113 Kanun Tatacara Jenayah.

Beliau memutuskan demikian bagi bicara dalam perbicaraan (TWT) yang diadakan selepas Suresh tidak mengaku bahawa isi kandungan rakaman percakapan itu diberikan olehnya kepada pihak polis.

Bagaimanapun, permohonan pihak pendakwaan untuk mencabar kebolehpercayaan Suresh sama ada keterangannya di mahkamah akan ditolak atau sebaliknya akan diputuskan di akhir kes pendakwaan kelak.

Perbicaraan yang masuk hari ke-17 bersambung esok.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Wednesday, August 3, 2011

dengar jeritan nampak api

Saksi dengar jeritan wanita, nampak api

N. PATHMANABHAN (depan) bersama tiga pekerja ladangnya hadir di Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam. - UTUSAN/MOHD NAIM AZIZ

SHAH ALAM 3 Ogos - Seorang pembantu rumah warganegara Indonesia memberitahu dia terdengar suara perempuan menjerit sebanyak dua kali pada pukul 9 malam semasa berada di Ladang Gadong, Banting dekat sini, pada hari Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi dikatakan dibunuh.

Siti Hamidah Karnas, 18, semasa memberi keterangan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini berkata, jeritan itu didengar semasa dia sedang menggiling tepung untuk membuat tosai di dalam rumah tertuduh keempat, R. Kathavarayan serta pekerja-pekerja lain yang terletak di dalam ladang tersebut.

Dia yang merupakan saksi pendakwaan ke-33 turut memberitahu ternampak api yang sedang marak setinggi pokok kelapa sawit berhampiran rumah yang diduduki oleh tertuduh kedua, T. Thilaiyalagan semasa keluar dari rumah pada pukul 1 pagi.

''Saya keluar untuk mengambil barang-barang di tempat karaoke. Barang-barang itu bersepah, saya nampak pisau, kunyit campur air, satu bateri telefon, tuala yang lembap kena air dan baju coklat. Baju biru Ravi (Kathavarayan) pakai.

''Sebelum saya masuk ke rumah itu, saya nampak Ravi dan empat pekerja ladang. Pathmanabhan (tertuduh pertama) tidak nampak. Saya juga nampak api besar di belakang dekat rumah Thilaiyalagan duduk. Api itu setinggi pokok sawit,'' jelas saksi tersebut.

Semasa ditanya Timbalan Pendakwa Raya, Idham Abd. Ghani sama ada saksi pernah menyaksikan pembakaran seumpama itu, Siti Hamidah berkata, dia pernah melihat api seperti itu semasa seorang lelaki bernama Raja dari India datang ke ladang itu.

Kata saksi, dia juga pernah melihat pembakaran sedemikian semasa kawan baik N. Pathmanabhan bernama Syafik datang ke ladang yang sama.

Sebelum sempat saksi menghabiskan jawapan, ia telah dibantah oleh peguam Manjeet Singh Dhillon atas alasan jawapannya tidak relevan kerana pertanyaan pihak pendakwaan adalah berhubung api yang pernah dilihat.

Semasa disoal sama ada dia nampak api ketika berada di dalam rumah pada 30 Ogos dan awal pagi 31 Ogos 2010, Siti Hamidah memberitahu, dia pernah nampak api marak seperti itu di Ladang Gadong sebanyak lima kali.

Dalam kes ini, bekas peguam, Pathmanabhan, 42; bersama tiga pekerja ladangnya, Thilaiyalagan, 20; R. Matan, 21; dan Kathavarayan, 31; didakwa membunuh Sosilawati, 47, pemandunya, Kamaruddin Shamsuddin, 47; peguam, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32; dan pegawai Bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohamad, 38.

Kejadian didakwa berlaku di Lot No. 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting dekat sini antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam, 30 Ogos tahun lalu.

Ditanya tentang rentetan peristiwa pada 30 Ogos 2010, Siti Hamidah menceritakan isteri Kathavarayan, Jacinta yang mendapat panggilan pada pukul 4 petang mengarahkan semua pekerja berada di dalam rumah pada pukul 5 petang.

Dia kemudiannya diarah mengambil dua bilah parang dan sebilah pisau yang terletak di atas almari di bilik Kathavarayan sebelum ternampak Pathmanabhan tiba di ladang dengan memandu kereta BMW warna kuning keemasan.

Kata saksi, dia juga melihat Kathavarayan memasukkan parang dan pisau ke tempat duduk belakang kereta pacuan empat roda jenis Isuzu Dmax dan berbincang sesuatu dengan Pathmanabhan sebelum kedua-duanya keluar menaiki kenderaan itu seperti dalam kecemasan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir yang masuk hari ke-16 bersambung esok.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Tuesday, August 2, 2011

suresh


Suresh perlu buktikan dipukul, dipaksa beri kenyataan

SURESH (kanan) ketika bawa ke Mahkamah Tinggi Shah Alam semasa perbicaraan kes pembunuhan Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya, semalam.

SHAH ALAM 2 Ogos - Pekerja ladang, U. Suresh yang mendakwa dipukul dan dipaksa semasa memberi kenyataan kepada pihak polis pada 26 Oktober tahun lalu mempunyai beban untuk membuktikan dakwaan tersebut pada bicara dalam perbicaraan (TWT) di Mahkamah Tinggi di sini.

Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd. Yusoff berhujah, Suresh yang merupakan saksi pendakwaan ke-29 dalam perbicaraan kes bunuh Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi juga juga perlu membuktikan bahawa isi kandungan kenyataan itu tidak diberikan olehnya.

''Bicara dalam perbicaraan ini untuk membuktikan bahawa Suresh yang membuat kenyataan tersebut dan dia bukan tertuduh dalam kes ini.

''Jadi Suresh yang perlu meyakinkan mahkamah, dia tidak memberikan kenyataan tersebut lebih-lebih lagi dari awal dia mengaku menurunkan tandatangan pada kenyataan itu,'' katanya.

Beliau juga berhujah bahawa soalan yang memimpin atau soalan yang mempunyai jawapan juga tidak dilarang diberi kepada saksi semasa kenyataannya dirakam.

Selain itu, jelas Ishak, adalah mustahil untuk seseorang pegawai perakam mahupun penterjemah langsung tidak mengetahui tentang latar belakang kes sedangkan kisah pembunuhan Sosilawati disiar secara meluas di semua media.

Dalam kes ini, bekas peguam, N. Pathmanabhan, 42; bersama tiga pekerja ladangnya, T. Thilaiyalagan, 20; R. Matan, 21; dan R. Kathavarayan, 31; didakwa membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47; pemandunya, Kamaruddin Shamsuddin, 47; peguam, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32; dan pegawai Bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohamad, 38.

Kejadian didakwa berlaku di Lot No. 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting dekat sini antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam, 30 Ogos tahun lalu.

Mereka dibicarakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Sementara Suresh bersama seorang mekanik, K. Sarawanan pula dihukum penjara 20 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini bagi kesalahan melupuskan mayat keempat-empat mangsa.

Suresh telah memberi keterangan bercanggah di mahkamah pada 27 Julai lalu dengan kenyataan yang dirakam di bawah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah pada 26 Oktober tahun lalu.

Berikutan itu, pihak pendakwaan memohon untuk mencabar kebolehpercayaan Suresh yang membawa kepada TWT selepas lelaki itu tidak mengakui isi kandungan kenyataan yang diberikan olehnya.

Sementara itu, peguam Manjeet Singh Dhillon yang mewakili Pathmanabhan pula berhujah bahawa kenyataan Suresh itu tidak boleh diterima sebagai bahan bukti atas alasan proses rakaman tidak dilakukan dengan sempurna.

Menurut beliau, kemungkinan isi kandungan kenyataan itu telah diganggu berikutan penggunaan komputer riba serta pemacu simpanan data mudah alih (USB Pen Drive) oleh pegawai perakam, Asisten Supritendan (ASP) Ong Seng Keong yang tidak langsung diperiksa oleh pegawai penyiasat kes.

Begitu juga masalah kenyataan tersebut yang langsung tidak ditulis tangan oleh Seng Keong selain penggunaan pencetak untuk mencetak kenyataan tersebut yang tidak mempunyai sijil atau pengesahan.

Peguam Gurbachan Singh yang mewakili Matan pula berhujah bahawa terdapat keterangan bercanggah oleh Seng Keong apabila beliau mengatakan amaran dibaca tetapi tiada catatan dalam kenyataan tersebut.

Katanya, pegawai perakam itu juga gagal membacakan semula isi kandungan kenyataan yang dirakam untuk dibetulkan oleh Suresh sekiranya terdapat kesilapan sebagaimana yang tercatat pada bahagian tempat lahir saksi tersebut.

Selepas pihak-pihak selesai berhujah, Hakim Datuk Akhtar Tahir memaklumkan, beliau memerlukan sedikit masa untuk memutuskan sama ada kenyataan Suresh akan diterima sebagai bahan bukti atau sebaliknya.

Beliau turut mengarahkan prosiding TWT bagi memastikan cara tertuduh-tertuduh disoal sehingga membawa kepada penemuan bahan-bahan bukti di beberapa lokasi di Banting didengar mulai esok.

Pada prosiding hari ini, Hakim Akhtar turut menolak permohonan untuk mengemukakan buku catatan pegawai soal siasat Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Cif Inspektor N. Govindan sebagai bahan bukti.

Perbicaraan yang masuk hari ke-15 bersambung esok.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Monday, August 1, 2011

bicara dalam bicara

Bicara dalam perbicaraan tamat, hujah hari ini

N. PATHMANABHAN (depan, tiga dari kiri) bersama tiga pekerja ladangnya hadir pada perbicaraan kes pembunuhan ahli perniagaan Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya di Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam.

SHAH ALAM 1 Ogos - Pihak pendakwaan hari ini mengakhiri prosiding bicara dalam perbicaraan (TWT) bagi menentukan sama ada rakaman percakapan pekerja ladang, U. Suresh kepada pihak polis boleh diterima sebagai bahan bukti selepas seorang pegawai penyiasat kes itu selesai memberi keterangan di Mahkamah Tinggi di sini.

Hakim Datuk Akhtar Tahir mengarahkan pihak-pihak terbabit berhujah esok selepas Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd. Yusoff memaklumkan pihaknya tidak berhasrat untuk memanggil saksi lain selepas Asisten Supritendan (ASP) Mohd. Ishak Yaakob selaku saksi keempat prosiding tersebut.

Terdahulu, peguam Gurbachan Singh memberitahu bahawa pihak pembelaan sepakat untuk tidak memanggil mana-mana saksi termasuk Suresh atas dakwaan pihaknya tiada kes untuk dijawab kerana pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen bahawa Suresh yang memberikan isi kandungan kenyataan tersebut.

Pada prosiding hari ini, Hakim Akhtar turut membenarkan permohonan pihak pembelaan agar cakera padat (CD) yang mengandungi rakaman video sesi rakaman percakapan Suresh tidak diterima masuk sebagai bahan bukti dengan alasan ia tidak lengkap kerana audio yang kurang jelas.

Rakaman percakapan itu dibuat oleh Penyelia Jurugambar Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah, Melaka, Sarjan Abdul Hadi Ismail dengan menggunakan lima keping CD yang setiap satu mempunyai durasi antara 33 minit ke satu jam.

Dalam kes ini, bekas peguam, N. Pathmanabhan, 42; bersama tiga pekerja ladangnya, Thilaiyalagan, 20, Matan, 21, dan Kathavarayan, 31, didakwa membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47; pemandunya, Kamaruddin Shamsuddin, 47; peguam, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32; dan pegawai Bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohamad, 38.

Kejadian didakwa berlaku di Lot No. 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting dekat sini antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam, 30 Ogos tahun lalu.

Mereka dibicarakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Sementara Suresh bersama seorang lagi pekerja ladang, K. Sarawanan dihukum penjara 20 tahun bagi kesalahan membakar kesemua mangsa dan membuang abu mayat mereka.

Dia yang merupakan saksi pendakwaan ke-29 dalam kes induk didakwa telah memberi 22 keterangan bercanggah dengan kenyataan yang dirakam di bawah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah pada 26 Oktober 2010.

Berikutan itu, pihak pendakwaan memohon untuk mencabar kebolehpercayaan saksi itu yang membawa kepada TWT selepas lelaki terbabit tidak mengakui isi kandungan kenyataan diberikan olehnya.

Terdahulu, Mohd. Ishak dalam keterangannya memberitahu, dia membuat rakaman percakapan kali kedua ke atas pekerja Ladang Gadong itu atas inisiatifnya sendiri terutama selepas mendengar bahawa pihak pendakwaan berhasrat untuk memanggil Suresh sebagai saksi.

Sementara itu, Koperal Kamaluddeen Abdul Kareem yang bertindak sebagai jurubahasa Tamil sewaktu rakaman percakapan dibuat memberitahu, dia mempunyai kelayakan sebagai penterjemah sejak 1999.

Dia juga telah menduduki ujian kelayakan di Mahkamah Kuala Lumpur dan turut menerima elaun bulanan sebagai jurubahasa Tamil.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN: